#TriviaTV – SATURDAY NIGHT LIVE: Pelakon Adam Driver Kembali Sebagai Kylo Ren Di Dalam Parodi ‘Undercover Boss’

Undercover Boss Kylo Ren

“I made four new friends and only killed one of them…”

— Kylo Ren/Randy, SATURDAY NIGHT LIVE, (Jan 2020).

Pelakon Adam Driver menghoskan episod pertama siri televisyen (TV) komedi SATURDAY NIGHT LIVE untuk tahun 2020 pada hujung minggu lepas, membawa kembali watak STAR WARSnya Kylo Ren di dalam sketsa yang memparodikan siri TV realiti UNDERCOVER BOSS:

  • Untuk pembaca yang tidak arif, pelakon Adam Driver membuat susulan hujung minggu lepas kepada sketsa asalnya di siri TV komedi SNL daripada tahun 2016.
  • Di dalam sketsa asal, Driver sebagai watak STAR WARS yang dipopularkannya – Kylo Ren – menyamar sebagai seorang juruteknik radar bernama Matt selama seminggu untuk mempelajari tentang kelemahan-kelemahan di dalam organisasi First Ordernya.
  • Kini pada tahun 2020, Ren kembali lagi dengan sketsa baru sebagai seorang First Order intern bernama Randy yang acah-acah millennial dengan kata-kata poyo seperti “OK Boomer!”.
  • Seperti biasa, Ren/Randy cuba berhati mulia dan menolong kakitangan yang berinteraksi dengannya setiap hari – namun sifat baran Ren sentiasa membuatkan keadaan menjadi lebih teruk daripada sebelumnya! ๐Ÿ˜…
  • Untuk pembaca yang tidak arif, ini adalah penampilan Adam Driver yang ketiga sebagai hos untuk siri TV komedi SNL.

#Komen5KupangKu

Walaupun sketsa UNDERCOVER BOSS versi Kylo Ren ini teramatlah lucu, aku rasa agak sedih bila memikirkan bahawa sketsa di SNL dan siri TV Disney+ THE MANDALORIAN lebih menghiburkan daripada filem-filem STAR WARS dibawah kelolaan Kathleen Kennedy dan Disney setakat ini.

Sampai bilakah ketandusan idea pada filem-filem STAR WARS akan berterusan?!

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STAR WARS, siri TV komedi SATURDAY NIGHT LIVE dan syarikat DISNEY di:

#SoalanCepumas

Apakah sketsa-sketsa pelakon Adam Driver yang anda paling minati daripada penampilannya di siri TV komedi SNL setakat ini?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like