#TriviaTV – Siri TV Netflix TERRACE HOUSE Mangsa Terbaru Coronavirus

Terrace House 2019-2020 Coronavirus

“Nooo, I’m so sad, but it’s a good decision to protect the crew and participants’ health.”

— TH Fan Tweets, TERRACE HOUSE, (2019-2020).

Siri TV realiti Netflix TERRACE HOUSE terpaksa menghentikan sesi penggambaran musim terbarunya di Jepun sejurus selepas perintah berkurung bagi membanteras wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) diumumkan untuk seluruh negara.

  • Menurut akaun Twitter rasmi TERRACE HOUSE, produksi akan terus tergendala selagi kerajaan Jepun menguatkuasakan perintah berkurung tersebut.
  • Episod ke-40 merupakan episod terakhir bagi TERRACE HOUSE 2019-2020 yang akan disiarkan di Netflix Jepun minggu ini sebelum perintah berkurung diperkuatkan.
  • Bagi peminat tegar TERRACE HOUSE di luar Jepun, mereka baru sahaja menerima 12 episod terbaru Musim Ketiga Siri 2019-2020 pada 6 April 2020 – yang berakhir dengan Episod ke-36.
Terrace House 2019-2020
Terrace House 2019-2020
  • Gencatan penggambaran ini akan mempunyai impak kepada Musim Keempat Siri 2019-2020 kerana produksi tidak akan dimulakan kembali sekurang-kurangya sehingga lah bulan Jun 2020.
  • Walaupun penggambaran bagi Musim Keempat TERRACE HOUSE Siri 2019-2020 dimulakan kembali pada bulan Jun 2020, peminat tegar di luar Jepun tidak akan dapat menikmati Episod 37-48 sehinggalah lewat tahun ini!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Coronavirus serta kesanya kepada industri Hollywood di:

Apakah harapan anda untuk Musim Keempat TERRACE HOUSE Siri 2019-2020 apabila sesi penggambaran dimulakan kembali pada lewat bulan Jun 2020 nanti?

Bincangkan.

6 Shares:
You May Also Like