#TriviaTV – Pandang Pertama THE FLASH Berseragam Hitam

THE FLASH Black Suit

“My name is Barry Allen, and I am the fastest man alive…”

— Barry Allen, THE FLASH, (2014).

Wabak pandemik Covid-19 (Coronavirus) telah pun menyebabkan musim keenam siri TV THE FLASH (2019-2020) tergendala. Nasib baik bagi peminat tegar THE FLASH, pelakon Grant Gustin menyedari kekurangan kandungan betemakan DC/The CW ketika krisis ini:

  • Maka untuk menaikkan semangat dan membuatkan peminat teruja bagi episod-episod THE FLASH musim keenam yang bakal kembali, Gustin memuatnaikkan sekeping foto di laman Instagram rasminya – menonjolkan Gustin memakai seragam THE FLASH versi hitam ketika sesi pemasangan kostum.
  • Penting untuk difahami bahawa seragam THE FLASH versi hitam ini bukanlah seragam rasmi, tetapi sekadar versi disebalik tabir di antara musim keempat dan kelima – yang dirakamkan pada tahun 2018.
  • Gustin menghabiskan pos Instagramnya dengan harapan moga-moga dia dapat menyarung seragam THE FLASH hitam di dalam musim hadapan siri TV ini suatu hari nanti…

#Komen5KupangKu – The CW akan menyiarkan beberapa episod musim keenam THE FLASH yang masih tinggal, walaupun episod-episod terakhir akan tergendala kerana sesi penggambaran dihentikan akibat Coronavirus. Musim keenam THE FLASH kembali dengan episod ke-16 yang berjudul ‘So Long and Goodnight’ pada 21 April 2020.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik THE FLASH, saluran THE CW serta DC COMICS eksklusif di:

Apakah pendapat anda melihat pelakon Grant Gustin menyarung seragam THE FLASH versi hitam di dalam musim hadapan?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like