Pakej tersebut disulamkan dengan pemberat untuk memberi ilusi seolah-olah kotak plastik tersebut mempunyai sebuah permainan jet halimunan di dalam. Pada asalnya, prototaip produk ini hanyalah sekadar sebuah lawak April’s Fools – di mana gambarnya dimuat naikkan ke laman Facebook Mattel pada bulan April 2010.

Namun, gambar prototaip tersebut mendapat sambutan teramatlah banyak daripada berduyun-duyun peminat tegar WONDER WOMAN – sehinggakan Mattel terpaksa menerbitkan produk tersebut dan menjualkannya sebagai sebuah permainan eksklusif di San Diego Comic-Con (SDCC) 2010 dengan harga USD5 seunit!

#Komen2KupangKuJika pembaca cuba belek laman eBay sekarang, harga ‘collector’s item’ daripada SDCC 2010 ini, kini sudah melonjak naik ke USD150-200 seunit! Mudah terhibur betul peminat tegar WONDER WOMAN zaman sekarang nih…. Pakej kosong dipenuhi ‘angin’ jer kot…

0 Shares:
You May Also Like