Seni konsep untuk siri TV animasi, HE-MAN AND THE MASTERS OF THE UNIVERSE (1983) oleh syarikat Filmation berdasarkan barisan permainan Masters of the Universe oleh Mattel.

Siri TV animasi ini memecahkan beberapa rekod industri animasi zaman 1980-an – menjadi siri TV animasi pertama untuk disiarkan bukan sahaja pada hujung minggu tetapi juga setiap hari – dengan 130 episod yang menyebabkannya berjaya meraih sindikasi di Amerika Syarikat.

Filmation juga satu-satunya syarikat animasi yang memilih untuk menyiapkan kerja belakang tabir sepenuhnya di Amerika Syarikat – sedangkan kebanyakkan animasi pada zaman ’80-an disiapkan di Taiwan, Korea ataupun Jepun.

Oleh sebab ini, siri TV animasi HE-MAN AND THE MASTERS OF THE UNIVERSE menjadi tapak di mana kebanyakkan bakat animasi Amerika Syarikat zaman ’90-an mula-mula mencungkil bakat mereka – daripada penulis legenda Paul Dini (Batman: The Animated Series) dan J. Michael Straczynski (Babylon 5), kepada komposisi muzik oleh Haim Saban dan Shuki Levy (Power Rangers), serta komik yang disertakan dengan setiap permainan He-Man oleh penulis Larry Houston (X-Men: The Animated Series).

Sesungguhnya, syarikat animasi Filmation lah yang menjayakan Masters of the Universe menjadi kejayaan di seluruh dunia. Memang tidak dapat diakui bahawa barisan permainan ini memperkenalkan watak-watak ini… namun siri TV animasi yang inovatif inilah yang menjadikannya legenda budaya Pop zaman ’80-an!

Sehinggakan ia berjaya menjadi filem aksi-hidup MASTERS OF THE UNIVERSE pada tahun 1987 dan di‘reboot’ dua kali lagi sebagai siri TV animasi – The New Adventures of He-Man pada tahun 1990 dan He-Man and the Masters of the Universe pada tahun 2002.

#Komen5KupangKuTapi kalau korang tanya penulis… inilah adaptasi versi aksi-hidup yang membuatkan penulis teruja setiap kali penulis memikirkan tentang HE-MAN AND THE MASTERS OF UNIVERSE! X’D

0 Shares:
You May Also Like