Treler terbaru AVENGERS: ENDGAME memberi penonton pandang pertama kepada sut yang bakal digunakan adiwira-adiwira ini untuk memasuki Quantum Realm dan mengakhiri anasir jahat si Thanos! Penulis siri TV animasi THE AVENGERS: EARTH’S MIGHTIEST HEROES, Christopher Yost mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita semua melalui laman Twitternya – bahawa sut ini kelihatan mirip bagaikan sut yang dipakai oleh ahli Avengers di dalam episod musim pertama yang berjudul ‘The Kang Dynasty’ (S01E19).

Di dalam cerita 2-episod ini antagonis klasik Avengers, Kang the Conqueror telah menyerang bumi dan pasukan Avengers sedang cuba sedaya upaya mereka untuk menghentikan serangan ini. Apabila Iron Man menemui lokasi kapal angkasa Kang berdekatan atmosfera bumi, Earth’s Mightiest Heroes memakai sut-sut ini untuk ke angkasa lepas dan menumpaskan Kang.

https://www.dailymotion.com/video/x30q6s1

#SoalanCepumas – Memandangkan Marvel Cinematic Universe selalu mengambil inspirasi daripada cerita-cerita Marvel sebelum ini, adakah kemiripan sut ini menandakan yang Avengers bakal ke angkasa lepas? Ataupun bakal bertempur dengan Kang the Conqueror di dalam Endgame nanti? Ataupun merentasi masa dan ruang untuk menumpaskan Thanos?

Bincangkan.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like