Selepas 8 tahun siri TV epik oleh pelantar penstriman HBO ini di udara – berdasarkan siri novel fantasi bersejarah oleh penulis George R.R. Martin – ia bakal menyiarkan musim terakhirnya bermula 14 April 2019. Untuk peminat tegar GAME OF THRONES, ia merupakan suatu peristiwa yang dukacita sekali kerana hanya 6 episod lagi yang tinggal sebelum siri ini berakhir selamanya!

Namun, anda tidak perlu gusar kerana 6 episod terakhir pada musim ke-8 ini kesemuanya panjang-panjang belaka – setiap satu bagaikan filem pendek yang hampir atau mencecah 1 jam lebih. Harapannya, penerbit-penulis D.B. Weiss dan David Benioff akan dapat memenuhi visi novelis George R.R. Martin dalam mengakhiri siri TV ini dengan penutup yang memuaskan.

GAME OF THRONES: Musim Terakhir – Treler Rasmi #1

"Valar Morghulis!!!"#GameOfThrones #OfficialTrailer #Season8 #HBO #BuzzPopTV

Posted by BuzzPOP on Tuesday, March 5, 2019

Dapatkah gabungan House Targaryen, House Lannister dan House Stark mengakhiri anasir The Night King dan gerombolan whitewalkers-nya? Adakah House Lannister akan mensabotaj pakatan harapan Westeros ini? Bagaimana pula House Greyjoy yang ingin membawa kekacauan kepada keseluruhan Westeros? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini dan banyak lagi bakal dijawab akhirnya dalam masa 2 minggu lagi…

GAME OF THRONES – Treler Acah #1 Musim Terakhir

#BuzzPOP! // GAME OF THRONES Musim Terakhir – Treler Acah #1"Valar Morghulis! Valar Dohaeris…"Pulang ke Westeros untuk kali terakhir pada bulan April ini dan ikuti siapakah yang akan bersemayam di takhta 'the Iron Throne' akhirnya!Treler acah musim ke-8 GAME OF THRONES ini yang berjudul 'The Crypts of Winterfell' diarahkan oleh David Nutter dengan muzik latar terbaru olahan Ramin Djawadi. #GameOfThrones #TheFinalSeason #CryptsOfWinterfell #ForTheThrones #BuzzPopTV(Sumber: @HBO)

Posted by BuzzPOP on Sunday, January 13, 2019

#SoalanCepumas – Siapakah watak ataupun keluarga yang anda harapkan akan bersemayam akhirnya di atas takhta ‘The Iron Throne’ di penghujung siri TV GAME OF THRONES nanti?

Bincangkan.

Musim terakhir siri TV GAME OF THRONES bakal disiarkan melalui pelantar penstriman HBO bermula daripada 14 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik George R.R. Martin diwww.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like