Selepas tiga minggu berturut-turut di tempat pertama untuk kutipan box office domestik (Amerika Syarikat), AQUAMAN telah berjaya berenang melepasi posisi yang sebelum ini dipegang oleh BATMAN V SUPERMAN; DAWN OF JUSTICE – sebagai filem DCEU nombor satu di pasaran box office sedunia.

Dalam minggu ketiga yang lepas sahaja, AQUAMAN telah mengutip US$30.7 juta di pasaran domestik – membawa jumlah kutipan box office domestiknya kepada US$259.7 juta dan jumlah kutipan box office sedunia sebanyak US$940.7 juta!

Setakat ini, blokbuster titanik arahan pengarah tersohor James Wan ini sudah berjaya menenggelamkan rekod kutipan box office sedunia yang dipegang oleh kesemua filem-filem DCEU sebelum ini:

“Mah Mannnn!!!”

#SoalanCepumas – Adakah AQUAMAN bakal menjadi filem DCEU pertama yang akan berjaya merangkul sebanyak US$1 bilion di pasaran box office sedunia – membanjiri rekod yang kini dipegang oleh pengarah Christopher Nolan dengan dua filem terakhirnya untuk trilogi THE DARK KNIGHT?

“Arthur Curry…I hear you can talk to fish!”

Penting juga untuk disedari bahawa sekiranya AQUAMAN berjaya mendapat tempat pertama di kutipan box office domestik (Amerika Syarikat) sekali lagi – ia bakal menjadi filem DCEU yang pertama untuk memenangi box office domestik (Amerika Syarikat) selama empat minggu berturut-turut!

#SoalanCepumas – Sekarang apakah alasan yang hendak digunakan oleh pengkritik-pengkritik Amerika Syarikat yang kebanyakkannya mencemuh filem ini empat minggu lepas sebelum ia terbit di pasaran Amerika Syarikat?

Filem AQUAMAN kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang DCEU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like