Ahad, 14 April 2019: Pada pertengahan minggu lalu (10 April, 2019), sebahagian daripada barisan pelakon utama AVENGERS: ENDGAME hadir bersama pengarah Anthony dan Joe Russo dan penerbit Trinh Tran ke satu acara Karpet Merah bersama peminat di Picturehouse Central, London.

Acara itu menarik ramai peminat untuk hadir dan hanya yang terpilih dapat menonton 8 minit babak sebenar secara eksklusif daripada filem tersebut.

Semasa acara itu berlangsung, pengarah Anthony dan Joe Russo bersama barisan pelakon telah diwawancara serta berkongsi pengalaman mereka dalam penggambaran filem terakhir yang bakal menjadi penutup kepada jalan cerita 22 filem dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU). Walaupun tiada sebarang butiran atau sesiapa pun yang berani mendedahkan rahsia cerita, kesemua pelakon amat menjiwai dan menghargai filem ini yang pada dasarnya akan melengkapkan perjalanan watak enam anggota Avengers asal sejak 2012.

Chris Hemsworth, Scarlett Johansson dan Paul Rudd juga turut ditemuramah dalam acara peminat yang berlangsung cukup meriah itu.

Lebih emosional apabila mereka sekali lagi menzahirkan penghormatan dan pujian terhadap mendiang Stan Lee yang telah pergi baru-baru ini buat selamanya tetapi meninggalkan legasi agung yang begitu mengujakan peminat seluruh dunia.

“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”

Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME

Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like