Filem VENOM Menang Besar Di Kutipan Box Office Sedunia!

Pedulikan peratusan Rotten Tomatoes dan pengkritik-pengkritik diatas talian yang picisan. Peminat tegar Marvel sedunia telah menjawab dengan duit mereka sendiri dan membuat VENOM Filem #1 di box office sedunia hujung minggu lepas!

Filem VENOM berjaya mengutip US$205 juta di box office sedunia hujung minggu lepas – sebanyak US$80 juta di pasaran domestik Amerika Syarikat dan US$125 juta lagi di 58 pasaran antarabangsa yang lain.

Dengan ini, VENOM berjaya mengaut rekod sebagai pembukaan filem yang terbesar pada bulan Oktober didalam sejarah box office Hollywood sepanjang zaman!

#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk sekuel VENOM nanti?

Bincangkan.

#Venom #BoxOfficeRecord #No1Worldwide #BiggestOctoberOpeningEver #BuzzPopTV

(Sumber: @ERCboxoffice @boxofficemojo)

0 Shares:
You May Also Like