Pereka kostum tersohor, Ruth E. Carter yang mereka bentuk kesemua kostum untuk filem BLACK PANTHER berkongsi visinya tentang tugasan penting seorang pereka kostum untuk menjiwai dan menghidupkan dunia di sebalik sesebuah filem – daripada sekadar lakaran idea di atas kertas menjadi realiti yang digunakan oleh barisan pelakon untuk menghidupkan watak-watak mereka!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan Carter amat besar sekali dalam menghidupkan dunia Wakanda di lakon layar menjadi suatu masyarakat majmuk yang penuh dengan budaya, tradisi dan sejarah disebaliknya – sehinggakan dua jam tidak cukup untuk mencungkil kesemua rahsia Wakanda yang tersirat.

#SoalanCepumas – Apakah harapan anda untuk BLACK PANTHER II, sekiranya pereka kostum Ruth E. Carter pulang ke MCU untuk sekuel ini?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like