Boneka wayang kulit ini diinspirasikan oleh adiwira retro penuh mistik dan misteri daripada DC Comics, SHAZAM – saka Billy Batson yang tersembunyi disebalik ucapan lisan, penguatkuasa ideologi dewa-dewa abadi, dan adiwira terbaru DC Extended Universe (DCEU)!

Ia boneka terbaru hasil ciptaan pihak @fusionwayangkulit – sebuah kolektif yang cuba untuk memelihara seni tradisi daripada Kelantan, Malaysia untuk generasi baru dengan menyulamkannya dengan media zaman moden seperti komik, tv dan filem.

Boneka ini mempunyai ‘pencak terbang’ yang tidak biasa hadir pada boneka-boneka wayang kulit tradisional untuk menandakan kolehan SHAZAM! terbang di angkasa. Hiasan tradisional Melayu stail turun-temurun juga ditambah ke dalam rekaan boneka ini daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Ciri terhebat pada boneka wayang kulit ini adalah simbol kilat di dadanya yang bersinar – menerangkan kuasa mutlaknya ke atas musuh-musuh SHAZAM! di seluruh alam – sama ada yang maya mahupun yang barzakh.

Untuk pembaca yang tidak arif, semangat dewa-dewa abadi seperti Solomon, Hercules, Atlas, Zeus, Achilles, dan Mercury mengalir di sekeliling Billy Batson – menukarkannya daripada sekadar seorang budak picisan menjadi satu-satunya adiwira DCEU yang terunggul!

Filem SHAZAM! bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik DCEU di www.buzzpop.tv

#fusionwayangkulit #wayangkulit #boneka #shadowpuppet #malaysia #dccomics #dceu #warnerbros #superheroes #captainmarvel #shazam

0 Shares:
You May Also Like