Memperkenalkan… Boneka wayang kulit bernama ‘Kapten Marvel’ yang diinspirasikan oleh adiwira terunggul Marvel Cinematic Universe, CAPTAIN MARVEL – pahlawan daripada Hala, ahli tentera elit Starforce dan pelindung rakyat jelata Kree!

Seni wayang kulit ini ialah boneka terbaru hasil ciptaan pihak Fusion Wayang Kulit – sebuah kolektif yang cuba untuk memelihara seni tradisi daripada Kelantan, Malaysia ini untuk generasi baru melalui menyulamkannya dengan media zaman moden seperti komik, tv dan filem.

Mereka berusaha untuk menonjolkan kekuatan pahlawan Kree ini yang diwakili oleh topi tomahawk di ubunnya, sambil mengekalkan semangat feminin yang diwakili oleh lilitan skaf merah di pinggangnya – serupa dengan rekaan moden CAPTAIN MARVEL oleh artis Marvel Comics, Jamie McKelvie.

Ciri terhebat pada boneka wayang kulit ini adalah simbol Starforce di dadanya yang bersinar – menerangkan kuasa mutlaknya ke atas musuh-musuh Empayar Kree di seluruh cakerawala – terutamanya Empayar Skrull!

‘Kapten Marvel’ bakal menjadi harapan terakhir kita semua di dalam menumpaskan anasir jahat si ‘Penakluk Kejam Titan’ pada 25 April 2019 nanti di dalam AVENGERS: ENDGAME !

Filem CAPTAIN MARVEL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Mac 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv

#FusionWayangKulit #Fusion #WayangKulit #ShadowPuppet #Malaysia #CaptainMarvel #CaptainMarvelMY #Hala #Kree #Skrull #MCU #MarvelStudios

0 Shares:
You May Also Like