Set foto terbaru daripada set penggambaran JOKER menonjolkan hari pertama pelakon Zazie Beetz memainkan watak Sophie Dumond setentang dengan watak Arthur Fleck lakonan Joaquin Phoenix!

Beetz, yang berjaya menambat hati peminat sedunia awal tahun ini sebagai watak Neena Thurman/Domino dalam filem DEADPOOL 2, diura-urakan menerima peranan dalam filem solo JOKER ini pada lewat bulan Julai 2018 – dan adalah seorang peminat besar Phoenix yang rasa teruja kerana dapat berlakon disebalik pelakon yang dihormatinya.

Watak Sophie Dumond yang dimainkan oleh Beetz dikatakan adalah seorang ibu tunggal yang sinis dan juga wanita impian Arthur Fleck dalam filem JOKER nanti.

Berdasarkan kelibat Phoenix dalam siri set foto ini, nampaknya watak Arthur Fleck sedang ‘skodeng’ watak Sophie Dumond di tengah-tengah bandar Gotham dan Sophie rasa terganggu dengan perhatian yang tidak diundang ini…

Filem JOKER bakal menemui anda dipawagam seluruh Malaysia pada 4 Oktober 2019.

#Joker #SetPhotos #OnLocation #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: @JustJared)

0 Shares:
You May Also Like